Presiden Turkiye jatuh sakit ketika wawancara, siaran dihentikan

Presiden Turkiye jatuh sakit ketika wawancara, siaran dihentikan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terpaksa menunda kempen pilihan raya selepas beliau jatuh sakit ketika melakukan wawancara televisyen sehingga menyebabkan siaran dihentikan.

Selepas berehat selama 20 minit, pemimpin berusia 69 tahun itu memaklumkan dia mengalami ‘sakit perut yang teruk’ selepas melakukan aktiviti kempen selama dua hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca memaklumkan, keadaan kesihatan Erdogan bukan dalam tahap bahaya dan beliau mengalami jangkitan usus yang menyebabkan beliau jatuh sakit.

Fahrettin juga memberitahu, pemimpin itu boleh memulakan tugasnya sebaik sahaja sembuh.

Erdogan ketika ini berdepan saingan sengit apabila pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu daripada parti pembangkang mempunyai potensi tinggi untuk memenangi pilihan raya presiden.

Terdahulu, pemimpin itu juga membatalkan tiga penampilan kempennya di Anatolia selepas dinasihatkan doktor supaya berehat.

Beliau turut membatalkan kehadirannya di majlis perasmian stesen kuasa nuklear pertama Turkiye di Akkuyu.

Sebaliknya, Erdogan hanya menyertai majlis itu secara dalam talian yang turut disertai oleh Presiden Russia, Vladimir Putin.

Ketika siaran wawancaranya dihentikan, pelbagai pihak membuat spekulasi termasuk menyatakan kemungkinan pemimpin itu terkena serangan jantung.

Memberi reaksi terhadap spekulasi tersebut, jurucakap Erdogan menegaskan pemimpin itu hanya mengalami masalah kesihatan yang ringan dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang makluman tidak sahih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.