Polis Iran pantau, kesan individu langgar kod etika pakaian

Polis Iran pantau, kesan individu langgar kod etika pakaian

WANITA Iran sedang melintas jalan di Teheran. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Polis di Iran sudah mula melaksanakan rancangan untuk menangani wanita yang melanggar kod etika pakaian wajib di negara itu.

Bilangan wanita yang melanggar kod etika pakaian termasuk ingkar kewajiban memakai tudung di khalayak ramai, semakin meningkat sejak gerakan protes tercetus susulan isu kematian seorang tahanan wanita, Mahsa Amini, 22, akibat kesalahan pemakaian hijab.

Polis menegaskan tindakan akan diambil ke atas pelanggaran etika pemakaian di tempat awam, di dalam kereta dan lain-lain lokasi yang mana individu menanggalkan hijab.

“Dalam konteks ini, teknologi pintar akan digunakan untuk mengesan individu yang melanggar undang-undang,” jelas polis menerusi kenyataan disiarkan dalam laman sesawang.

Dalam kenyataan sama, Ketua Polis Keselamatan, Hassan Mofakhami menyifatkan tindakan menanggalkan hijab dianggap sebagai satu jenayah. 

“Polis menangani anomali sosial dalam rangka kerja undang-undang.

“Individu yang melanggar undang-undang bertanggungjawab atas tindakan mereka dan harus dipertanggungjawabkan atas kelakuan mereka,” katanya.

Gelombang protes awam melanda negara Islam itu selepas kematian Amini pada 16 September tahun lalu, tiga hari selepas penahanannya oleh polis moral.

Susulan itu, ribuan orang ditangkap, ratusan terbunuh termasuk anggota pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mofakhami memberi amaran pekerja yang menanggalkan tudung di tempat kerja bakal mengakibatkan syarikat berdepan penutupan.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN