Pertempuran di Khartoum semakin reda pada hari pertama Aidilfitri

Pertempuran di Khartoum semakin reda pada hari pertama Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Pertempuran antara angkatan tentera Sudan dan Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dilaporkan semakin reda di beberapa kawasan di Khartoum menjelang hari pertama sambutan Aidilfitri.

Perkara itu dimaklumkan oleh beberapa penduduk selepas pelbagai pihak berulang kali menggesa gencatan senjata dilaksanakan dalam pertempuran yang sudah berlanjutan sejak seminggu lalu.

Lebih 400 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera sepanjang konflik tersebut.

Pertempuran tercetus antara unit tentera ketua de facto, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan RSF yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Sudan, Mohamed Hamdan Dagalo yang juga dikenali sebagai Hemedti.

Penduduk di beberapa kawasan di Khartoum mendakwa pertempuran semakin reda bermula petang semalam selepas insiden tembakan dan letupan menggegarkan bandar itu selama tujuh hari berturut-turut.

“Hari Raya Aidilfitri sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sanak saudara.

“Namun, situasi di sini agak berbeza kerana dihujani insiden tembakan dan letupan serta bau darah sekeliling kita,” kata penduduk bernama Sami al-Nour.

Pasukan tentera Sudan bertempur sengit dengan RSF di sekitar jalanan di bandar Khartoum yang padat dengan penduduk.

Malah, beberapa saksi mendakwa letupan berlaku berhampiran ibu pejabat tentera di bandar yang mempunyai jumlah penduduk melebihi lima juta.

Semalam, tentera Sudan menuduh RSF melanggar gencatan senjata termasuk melancarkan serangan bom di lapangan terbang dan istana presiden. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.