Parti pemerintah Thailand janji beri duit kepada petani jika menang PRU - Utusan Malaysia

Parti pemerintah Thailand janji beri duit kepada petani jika menang PRU

PRAWIT Wongsuwan merupakan ketua Parti Palang Pracharath (PPRP). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu mahu memberi wang kepada petani .

Jika parti itu kekal berkuasa selepas pilihan raya umum (PRU) yang dijadualkan berlangsung 14 Mei ini, sebanyak 30,000 baht (RM3,900) akan dipindahkan ke dalam akaun bank lapan juta petani di seluruh negara.

Bagaimanapun, jurucakap jawatankuasa strategi pemilihan parti, Charnkrit Dejvitak, berkata bayaran itu hanya akan diberikan sekali saja, dianggarkan membabitkan peruntukan sekurang-kurangnya 240 billion baht (RM31.2 bilion).

Pengumuman itu susulan mesyuarat jawatankuasa strategi pilihan raya yang dipengerusikan ketua parti dan Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan, kelmarin.

Menurut Charnkrit, wang itu boleh digunakan oleh petani untuk melabur bagi perusahaan ladang mereka dan memperbaiki keadaan hidup masing-masing.

Tambahnya, dasar baharu itu sudah disemak secara berhemah oleh apa yang dipanggil ‘pasukan ekonomi yang diimpikan’ parti itu.

Charnkrit turut menjelaskan, wang itu akan disuntik secara pantas ke dalam ekonomi negara dan akan diedarkan dalam jumlah yang besar.

Beliau, ketika membandingkan ikrar kempen dibuat parti pembangkang, Pheu Thai, untuk memindahkan 10,000 baht (RM1,305) ke dalam dompet digital setiap warga Thailand berumur 16 tahun atau lebih, berkata ikrar pemindahan tunai PPRP menyasarkan kumpulan tertentu.

“Ia bukan dasar menyeluruh yang akan menjejaskan kestabilan kewangan negara,” katanya.

Ikrar kempen pemindahan digital Pheu Thai dikritik sebagai ancaman kepada sistem kewangan negara, walaupun ahlinya berhujah bahawa ia akan merangsang ekonomi dan membawa kepada hasil cukai yang lebih tinggi.

Charnkrit berkata, PPRP akan mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan kempen mengenai pelan rangsangan ekonomi berjumlah 30,000 baht (RM3,900) bagi setiap petani.

Parti itu juga akan menerangkan kepada badan pemantau pilihan raya itu bagaimana ikrar berkenaan akan dibiayai.

Tinjauan yang dijalankan Institut Pentadbiran Pembangunan Negara awal bulan ini terhadap 2,000 pengundi yang layak di seluruh negara mendapati sokongan terhadap PPRP hanya dua peratus.

Calon perdana menterinya, Prawit, gagal menduduki 10 tangga teratas pemimpin pilihan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya