Musim panas di UK dijangka lebih terik

Musim panas di UK dijangka lebih terik

FENOMENA El Nino diramalkan sangat kuat pada tahun ini. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pakar percaya United Kingdom (UK) akan lebih panas dan lebih terik pada musim panas tahun ini berbanding tahun lalu.

Musim panas tahun lalu me­nyaksikan peningkatan suhu melebihi 40 darjah Celsius di UK buat kali pertama yang menyaksikan 800 kejadian kebakaran di seluruh negara.

Namun, fenomena cuaca El Nino diramalkan sangat kuat pada tahun ini yang berkemungkinan menyebabkan suhu terik sekali lagi.

Jim Dale dari Perkhidmatan Cuaca British berkata kepada Daily Star, keadaan ini akan mengambil masa dan kemungkinan berlaku pada pertengahan musim panas.

“Apa yang kita perlu hadapi adalah kepanasan melampau berikutan perubahan iklim dan juga El Nino.

“Kemudian, UK akan menghadapinya. Ia adalah situasi sinoptik yang betul. Perubahan dalam tekanan atmosfera menyebabkan lonjakan haba.

“Perubahan iklim untuk kembali ke 40 darjah Celsius adalah pada Julai, Ogos, mungkin awal September ini,” ujarnya.

Kejadian cuaca yang disebabkan oleh pemanasan air Lautan Pasifik menyaksikan arus panas beredar di luar pantai Peru, Ecuador dan Pasifik Timur.

Hal ini akan menjadikan California dan Eropah selatan menjadi panas dan menyebabkan banjir di Asia Tenggara.

Cuaca panas yang luar biasa ini amat tidak disukai untuk kebanyakan rakyat Britain.

Keadaan panas juga boleh menyebabkan tekanan ke atas hospital awam dan gangguan kepada penumpang yang menggunakan pengangkutan awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya