Mayat kanak-kanak ditemukan dalam rahang buaya

Mayat kanak-kanak ditemukan dalam rahang buaya

TAYLEN MOSLEY  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemukan dalam rahang seekor buaya di sebuah tasik di St. Petersburg, Florida

Lapor CNN, Ketua Polis St. Petersburg, Anthony Holloway berkata, Taylen Mosley dilaporkan hilang selepas ibunya, Pashun Jeffery ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman di kediaman mereka pada Khamis lalu.       

Susulan kejadian itu, bapa mangsa, Thomas Mosley ditahan selepas disyaki bertanggungjawab atas kematian tersebut dan kini menghadapi dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama.   

Menurut Holloway, ketika berada di lokasi kejadian, polis ternampak seekor buaya dengan sesuatu objek pada rahang reptilia itu di Dell Homes Park berhampiran kediaman Jeffery.   

Jelasnya, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah reptilia ganas itu sehingga buaya itu menjatuhkan objek di dalam rahangnya.   

Pasukan polis kemudian mengesahkan objek itu merupakan tubuh mangsa kanak-kanak berkenaan. 

Dalam pada itu, Holloway berkata, suspek dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian tangannya.

Menurut beliau, pihaknya masih sedang menjalankan siasatan mengenai kes itu.

Ketika ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai punca kematian Taylen dan bagaimana mayatnya berada di tasik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN