Korea Utara dakwa Ukraine mohon senjata nuklear

Korea Utara dakwa Ukraine mohon senjata nuklear

KIM YO-JONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mendakwa Ukraine sedang memohon untuk mendapatkan bekalan senjata nuklear dalam usaha mempertahankan negaranya daripada serangan Russia.

Agensi berita KCNA melaporkan Kim Yo-jong membuat dakwaan demikian berdasarkan satu petisyen dalam talian di negara itu yang dikatakan sudah mengumpul kira-kira 1,000 tandatangan setakat ini.

Beliau mendakwa pejabat Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melancarkan petisyen tersebut bagi mendapatkan bekalan senjata nuklear berkenaan menerusi 25,000 tandatangan.

Yo-jong menyifatkan petisyen tersebut sebagai satu lagi plot politik yang dilakukan oleh pejabat Presiden Ukraine itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat olehnya.

Minggu lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, Moscow merancang untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus.

Susulan pengumuman itu, satu petisyen awam difailkan di laman sesawang pejabat Presiden Ukraine yang antara lain menggesa menempatkan bekalan senjata nuklear di negara itu atau dilengkapi dengan senjata nuklear sendiri.    

Sehingga petang Sabtu, petisyen itu hanya memperoleh sebanyak 611 tandatangan berbanding 25,000 tandatangan yang diperlukan. 

Setakat ini, pihak berkuasa Kyiv masih belum memberi maklum balas mengenai dakwaan petisyen tersebut. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya