Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri, Jill memperoleh

Joe Biden, isteri terima pulangan cukai AS$579,514

JOE Biden dan isteri tiba dalam program Easter Egg Roll di South Lawn, White House di Washington, DC, pada 10 April lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri, Jill memperoleh AS$579,514 (RM2.568 juta) menerusi pula­ngan cukai tahun lalu.

Lapor AFP, hal ini menunjukkan ketelusan Biden di White House berbanding pendahulunya, Donald Trump yang secara konsisten enggan mengeluarkan laporan pendapatan dan cukai tahunannya.

Pulangan bersama presiden dan wanita pertama itu me­nunjukkan pendapatan kasar hampir AS$580,000 pada 2022 iaitu AS$30,000 (RM132,952.60) kurang daripada pemfailan tahun sebelumnya.

Kebanyakan ­pendapatan itu datang daripada gaji stan­dard Biden iaitu sebanyak AS$400,000 (RM1.772 juta) setahun yang ditetapkan oleh Kongres.

Jill Biden yang mengajar di Kolej Komuniti Northern Virginia, merupakan pasangan pre­siden pertama yang meneruskan pekerjaan bergaji luar, memperoleh AS$82,335 (RM364,914.11) setahun.

Mereka membayar kadar cukai Persekutuan sebanyak 23.8 peratus, lebih rendah daripada 24.6 peratus tahun lepas, menghasilkan cukai pendapatan Persekutuan sebanyak AS$137,658 (RM610,135.77).

Mereka juga membayar cukai pendapatan AS$29,023 (RM128,637.23) di negeri asal mereka di Delaware manakala wanita pertama itu membayar cukai pendapatan di Virginia AS$3,139 (RM13,911).

Mereka menderma lebih daripada AS$20,000 (RM88,638) kepada badan amal, sumbangan terbesar mereka ialah AS$5,000 (RM22,159.60) kepada Yayasan Beau Biden, sebuah badan amal memerangi penderaan kanak-kanak dan dinamakan sempena anak lelaki mereka yang mening­gal dunia pada 2015.

White House berkata bahawa Biden kini mendedahkan pe­nyata cukainya selama 25 tahun, sekali lagi menunjukkan komitmennya untuk bersikap telus dengan rakyat AS mengenai kewangan ketua komander.

Ketelusan cukai Biden di White House sangat berbeza de­ngan era Trump.

Ahli perniagaan seumur hidup itu menolak baik sebagai calon Pilihan Raya Presiden untuk membenarkan orang ramai melihat penyata cukainya dan dokumen yang memperincikan semua sumber serta jumlah pendapatan, termasuk rekod kewangan lain.

Setelah beberapa tahun, pulangan cukai Trump didedahkan kepada umum selepas pertempuran undang-undang yang dilakukan Demokrat di Kong­res.

Nampaknya, Trump hampir tidak membayar cukai pendapatan disebabkan kerugian perniagaan.

Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff melaporkan pulangan cukai mereka daripada pendapatan kasar AS$456,918 (RM 2.025 juta) dan membayar AS$93,570 (RM414,711) dalam cukai pendapatan persekutuan, serta AS$17,612 (RM78,057) dalam cukai pendapatan di negeri asal mereka di California.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN