Israel lancar serangan terhadap Lebanon

Israel lancar serangan ke atas Lebanon

API marak kelihatan semasa serangan udara Israel di Gaza, hari ini sebelum serangan dilakukan di Lebanon. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengumumkan mereka menyerang Lebanon, beberapa jam selepas ia melancarkan serangan udara ke atas Gaza, Palestin.

Lapor Al Jazeera, serangan itu dilakukan selepas berlaku ketegangan memuncak iaitu selepas tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, kelmarin.

Tentera Israel mengumumkan dalam satu kenyataan ringkas pada 4:07 pagi (waktu tempatan)hari ini bahawa mereka kini menyerang Lebanon.

Sebuah stesen televisyen Lebanon melaporkan, berlaku letupan berhampiran kem pelarian di bandar pelabuhan selatan Tyre.

Beberapa jam sebelum itu, berlaku letupan di Gaza selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji dalam satu kenyataan video bahawa musuh negaranya akan membayar harga untuk sebarang pencerobohan.

Tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan di Lebanon atau Gaza setakat ini.

Serangan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat berkaitan serbuan di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis oleh tentera Israel yang melepaskan bom tangan, menyerang jemaah Palestin dan mengusir mereka dari tapak suci ketika mereka beribadat.

Bulan suci umat Islam tahun ini dilaporkan serentak dengan Paskah iaitu cuti utama dalam kalendar Yahudi serta perayaan Easter Kristian.

Tentera Israel berkata, 34 roket dilepaskan dari Lebanon dengan 25 daripadanya berjaya dipintas dan sekurang-kurangnya empat berjaya meletus ke dalam negara mereka.

Dilaporkan, ia adalah roket pertama yang dilepaskan dari Lebanon ke arah Israel dalam tempoh setahun dan pelancaran terbesar sejak 2006.

Tentera Israel berkata serangannya sebenarnya tertumpu kepada puak Hamas.

“(Tentera Israel) tidak akan membenarkan pertubuhan pengganas, Hamas beroperasi dari dalam Lebanon dan menganggap negara Lebanon bertanggungjawab ke atas setiap tembakan terarah yang keluar dari wilayahnya,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya