Hampir sejuta kanak-kanak Afrika kekurangan zat teruk

Hampir sejuta kanak-kanak Afrika kekurangan zat teruk

MASALAH kanak-kanak kekurangan nutrisi akut melanda negara-negara Afrika dan bantuan segera diperlukan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAKAR: Hampir sejuta kanak-kanak di wilayah Sahel di Afrika berdepan kekurangan zat makanan yang teruk tahun ini di tengah-tengah harga makanan yang tinggi, konflik dan perubahan iklim.

Lapor AFP, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF memberi amaran mengenai perkara itu hari ini.

“Dianggarkan 970,000 kanak-kanak bawah lima tahun dari tiga negara wilayah Sahel tengah, Afrika Barat (Burkina Faso, Mali dan Niger) akan menghadapi masalah kekurangan nutrisi teruk tahun ini”, kata UNICEF dalam satu kenyataan.

Menurut agensi itu, ketiga-tiga negara itu miskin, terkurung dan bergelut dengan pemberontakan jihad.

Niger dijangka menghadapi beban paling tinggi dengan 430,000 kanak-kanak dianggarkan terjejas, penurunan sebanyak 14 peratus daripada jumlah keseluruhan 2022 yang merupakan hasil usaha kerajaan.

Di Mali, 367,000 kanak-kanak diramalkan menghadapi kekurangan nutrisi teruk, meningkat lebih 18 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Serantau UNICEF untuk Afrika Barat dan Tengah, Marie-Pierre Poirier berkata, ketidakamanan dan konflik yang semakin meningkat bermakna kelemahan semakin meningkat di rantau ini dan semakin sukar untuk membantu komuniti di kawasan terpencil.

Agensi PBB berkata, data menunjukkan peningkatan kekurangan nutrisi teruk kanak-kanak di seluruh Sahel pada 2023 termasuk di bahagian Benin, Burkina Faso, Cameroon, Mali, Mauritania, Senegal dan Togo.

Mereka menyeru kerajaan meletakkan pemakanan kanak-kanak sebagai agenda keutamaan yang tinggi negara dan meningkatkan pelaburan negara dalam pencegahan awal, pengesanan dan rawatan kekurangan zat makanan kanak-kanak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya