TAIWAN: Sebuah dron kombat jarak jauh milik tentera China yang berupaya membawa senjata berat dilaporkan terbang mengelilingi Taiwan.
Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan, sebanyak 38 pesawat China, termasuk dron TB-001 atau dikenali sebagai ‘kala jengking berekor dua’ mengelilingi kepulauan itu antara pukul 6 pagi Khamis hingga 6 pagi hari ini.
Jelas kementerian itu, dronn berkenaan melintasi garisan median iaitu sempadan tidak rasmi yang memisahkan Selat Taiwan sebelum terbang semula ke China.
Selain itu, sebanyak 19 lagi pesawat milik Beijing melintasi garisan median dan memasuki bahagian barat daya, tenggara dan timur laut Taiwan.
Dron TB-001 merupakan satu daripada dron terbesar milik China dan mampu terbang sejauh 6,000 kilometer. – AFP