China hantar kapal perang di perairan Taiwan

China hantar kapal perang di perairan Taiwan

CHINA menghantar kapal perang melalui perairan sekitar Taiwan sebagai tindak balas protes pertemuan Tsai Ing-Wen dan Kevin McCarthy. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: China dilaporkan menghantar kapal perang melalui perairan sekitar Taiwan kerana berikrar tegas untuk bertindak balas terhadap tindakan Presiden pulau itu, Tsai Ing-Wen yang bertemu Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy.

Lapor AFP, Ing-wen mengadakan perbincangan dengan McCarthy di Los Angeles Rabu lalu, satu pertemuan yang didakwa menunjukkan pulau berkenaan tidak terpencil di pentas antarabangsa.

China berulang kali memberi amaran kepada kedua-dua pihak bahawa pertemuan itu tidak sepatutnya berlaku selain mengerahkan kapal pengangkut pesawat melintasi perairan berhampiran Taiwan beberapa jam sebelum rundingan berkenaan diteruskan.

Kementerian Pertahanan Negara Taiwan menyatakan, tiga kapal perang tambahan dikesan di perairan yang memisahkan pulau itu dari tanah besar China.

Tambah kementerian itu, sebuah helikopter anti-kapal selam juga dilaporkan melintasi zon pengenalan pertahanan udara pulau itu.

Walaupun Taiwan diperintah secara berasingan selama lebih 70 tahun, China menganggapnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berjanji untuk merampasnya suatu hari nanti dan secara paksa jika perlu.

China menjalankan latihan udara dan laut terbesarnya di sekitar Taiwan berikutan lawatan pendahulu McCarthy, Nancy Pelosi, ke pulau itu pada Ogos tahun lalu.

China mengerahkan kapal perang, peluru berpandu dan jet pejuang ke perairan dan udara sekitar Taiwan pada bulan Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, maklum balas terhadap mesyuarat McCarthy setakat ini berada pada tahap yang lebih rendah.

Ing-Wen berkata, di AS, dia menerima sambutan hangat daripada ahli politik di kedua-dua belah pihak di sana.

“Kehadiran mereka dan sokongan tidak berbelah bahagi meyakinkan rakyat Taiwan bahawa kami tidak terasing dan kami tidak bersendirian,” kata Ing-Wen kepada pemberita di Perpustakaan Presiden Ronald Reagan di Lembah Simi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN