Buaya `menyorok' bawah trak pikap

Buaya `menyorok’ bawah trak pikap

BUAYA sepanjang 2.13 meter menyelinap masuk ke bawah trak pikap diparkir di sebuah rumah di Florida. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Seorang lelaki di Florida terkejut selepas menemukan seekor buaya sepanjang 2.13 meter bersembunyi di bawah trak pikapnya.

Lapor portal UPI, Joey Quinlan berkata, kehadiran buaya itu disedari oleh jirannya yang mengesan reptilia ganas itu menyelinap ke bawah kenderaan diparkir di rumahnya terletak di Tampa.

“Sebelum ke kerja, saya terima panggilan dari jiran memberitahu buaya itu bersembunyi di bawah trak pikap yang diletakkan di jalan masuk rumah.

“Mujurlah, saya belum bertolak dari rumah lagi, tak dapat bayangkan macam mana nasib saya jika keluar terus tanpa memeriksa keliling kenderaan,” katanya.  

Quinlan sempat merakam video reptilia itu yang berteduh di bawah kenderaannya dan memuat naik dalam laman Facebook.

Katanya, penemuan buaya itu sangat mengejutkan memandangkan tiada kolam mahupun tasik berdekatan kawasan perumahannya.

Malah, menurut Quinlan, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan perumahannya.

“Sejak lebih tiga tahun berpindah ke Florida, kami jarang menemukan replitia ganas seperti ini berkeliaran di kawasan kejiranan ini,” katanya. 

Tambah beliau, dia menghubungi pihak Jabatan Perhutanan dan Kehidupan Liar bagi membantu mengeluarkan buaya berkenaan.

Pasukan itu berjaya memindahkan reptilia tersebut dengan selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN