Bersalin di tempat letak letak kereta pasar raya - Utusan Malaysia

Bersalin di tempat letak letak kereta pasar raya

SEORANG bayi dilahirkan di kawasan tempat letak kereta pasaraya borong Costo di Brighton.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANSING: Gara-gara tidak sempat ke hospital, seorang bayi dilahirkan di kawasan tempat letak kereta pasar raya Costco dengan bantuan anggota kecemasan di Michigan baru-baru ini.

Jabatan Bomba Perbandaran Green Oak berkata, sepasang suami isteri sedang dalam perjalanan ke hospital Sabtu lalu apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak akan tiba tepat pada waktunya.

Pasangan itu kemudian segera berhenti di kawasan tempat letak kereta pasar raya borong Costco kawasan Brighton dan menghubungi talian perkhidmatan kecemasan Livingston County.

Anggota kecemasan tiba tepat pada masanya untuk membantu menyambut kelahiran bayi itu dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

Selepas selamat melahirkan, ibu dan bayi itu kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Timbalan Ketua Bomba Green Oak ,Tracy Chamberlain berkata, dua beranak itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat walaupun selepas berdepan detik mencemaskan di kawasan tempat letak kereta itu.

Kejadian hampir sama pernah berlaku kepada seorang wanita dari  Ohio yang bersalin di pekarangan rumahnya pada September tahun lalu.

Alyson Michael dari Westfield Township berkata, suaminya sedang bersiap untuk membawanya ke hospital apabila dia menyedari sudah terlalu hampir untuk bersalin.

Keluarganya menghubungi talian kecemasan dan Michael akhirnya melahirkan anak di dalam ambulan sebelum sempat kenderaan itu meninggalkan jalan masuk kediamannya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya