Bakar gaun pengantin rai penceraian - Utusan Malaysia

Bakar gaun pengantin rai penceraian

LAUREN Brooke membakar gaun pengantinnya bagi meraikan penceraiannya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang wanita tular di media sosial selepas memuat naik gambar membakar gaun pengantin miliknya sebagai cara meraikan penceraiannya dengan bekas suami selepas 10 tahun hidup bersama.

Lauren Brooke, 31, berkata, dia berbuat demikian kerana mahu membantu golongan wanita berhenti merasa malu tentang status perkahwinan mereka yang bakal berakhir.

Brooke berkahwin dengan bekas pasangannya selama sedekad selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Oktober 2012, dan selepas berpisah pada September 2021, mereka akhirnya menyelesaikan prosiding perceraian pada Januari tahun ini.

Bagi menandakan peristiwa itu, Lauren meminta bantuan ibunya, Felicia Bowman, 58, dan kawan baiknya untuk membuat sesi fotografi yang menyaksikan dia memakai, membuka dan akhirnya  membakar gaun pengantinnya itu.

Ibu dua anak itu berkata, sesi fotografi tersebut membantunya memulihkan kehidupan selepas perceraian dan menegaskan dia tidak bersedih semasa penggambaran itu malah merasa lebih yakin diri dan bersemangat.

“Saya berasa seperti diberi kuasa. Mulanya saya bimbang mungkin ada saat saya sedih ketika merakam gambar itu kerana ia adalah pengakhiran perkahwinan yang saya fikir saya akan kekal selama-lamanya. Tetapi sebaliknya saya merasa seronok dan puas melakukannya. 

“Saya juga sangat gembira sekarang. Satu-satunya sebab saya berada di sini hari ini adalah kerana saya percaya akan ada sinar di seberang sana jika saya berhenti mengeluh dan meratap.

“Ramai wanita malu kerana bercerai disebabkan kita diajar untuk mengekalkan hubungan bersama tidak kira apa jua yang berlaku. Perkara ini harus diubah, tidak perlu lagi merasa rendah diri jika bercerai,” tambahnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN