70 bungkusan kokain bernilai RM1.952 bilion terapung di perairan

70 bungkusan kokain bernilai RM1.952 bilion terapung di perairan Itali

Polis mengesan kokain itu semasa melakukan penerbangan pengawasan rutin di luar pantai timur Sicily, Ahad lalu, -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SICILY: Satu konsainan besar kokain ditemukan terapung di luar pantai timur pulau Sicily.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Polis Kewangan Itali, Guardia di Finanza, pihak berkuasa merampas hampir dua tan dadah itu yang dikesan terapung di perairan Mediterranean semasa melalukan penerbangan pengawasan rutin pada hari Ahad.

Kata polis, dadah itu ditutup dengan teliti dalam 70 bungkusan terapung kalis air yang disambungkan dan termasuk peranti lampu isyarat.

Mereka menambah bahawa bungkusan-bungkusan itu mempunyai nilai jualan sebanyak €400 juta (hampir AS$440 juta atau RM1.952 bilion).

“Pengenalpastian dan rampasan dadah ini adalah salah satu yang terbesar pernah ditemukan di negara ini.

“Ia berkemungkinan berlaku hasil daripada tindakan satu pihak menghalang dadah itu daripada ditemukan oleh penjenayah untuk penjualan haram yang menghasilkan pendapatan yang sangat tinggi,” kenyataan itu dibacakan.

Guardia di Finanza berkata, mereka percaya bungkusan terapung itu ditinggalkan oleh kapal kargo yang lalu untuk diambil dan dibawa ke darat oleh pengedar.

Mereka menghantar bot dari perbandaran Sicily Catania dan menyediakan perlindungan udara daripada beberapa unit bagi memastikan keselamatan pegawai yang terlibat dalam operasi itu.

Mereka menambah akan terus mencari lebih banyak paket terapung.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN