148,884 anggota polis dalam Operasi Ketupat 2023

148,884 anggota polis dalam Operasi Ketupat 2023

POLIS Indonesia mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di bangunan Parlimen di Jakarta. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia akan mengerahkan 148,884 anggota untuk ditugaskan dalam Operasi Ketupat 2023 di negara itu.

Menurut Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo, operasi itu bertujuan memastikan keselamatan warga Indonesia untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

“Perkara itu turut menjadi perhatian kami. Oleh itu, kita akan mengerahkan 148,884 anggota untuk menjalankan operasi ini,” katanya sepertimana dilaporkan portal Antara.  

Beliau berkata demikian ketika mengadakan mesyuarat dengan Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Listyo Sigit berkata, pihaknya akan melaksanakan Operasi Ketupat selama 14 hari bermula 18 April sehingga 1 Mei depan.

Katanya, seminggu sebelum operasi itu, polis sudah mula menjalankan Operasi Aktiviti Rutin Penambahbaikan (KRYD) yang akan diadakan semula dari 2 hingga 9 Mei depan.

“Sekiranya kita tidak melaksanakannya secara optimum, potensi kesesakan lalu lintas yang teruk akan berlaku,” katanya.    

Tambah beliau, pihaknya akan turut menempatkan pasukannya termasuk pegawai pangkat tiga bintang di lima kawasan kawalan yang akan menjadi tumpuan.

“Saya berharap agar Operasi Ketupat 2023 berjalan lancar kerana dijangkakan akan berlaku lonjakan dalam jumlah orang  pulang ke kampung pada Aidilfitri kali ini berbanding tahun lalu,” katanya.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya