13 orang maut, 61 cedera serangan bom di Mali

13 orang maut, 61 cedera dalam serangan di Mali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tiga anggota tentera terbunuh dan 61 lagi cedera dalam beberapa serangan berlaku di seluruh Mali.

Pertumpahan darah itu adalah gelombang terbaharu serangan kumpulan bersenjata di negara itu

Kerajaan menerusi kenyataan memaklumkan suspek dipercayai menyerang kawasan lapangan terbang Sevare di wilayah tengah Mopti, dengan meletupkan kereta membawa bahan letupan.

Serangan bom kereta itu mengorbankan 10 orang awam dan mencederakan 61 yang lain.

Letupan itu turut memusnahkan beberapa kediaman di kawasan sekitar lapangan terbang yang menjadi pusat kem tentera Mali.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Bersenjata yang berani dan beroperasi secara eksklusif dengan sumber mereka sendiri.

“Penyerang berjaya dihalau dan 28 individu bersenjata sudah dineutralkan,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, seorang pegawai tempatan mendakwa tentera Senegal dari misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali, Minusma terlibat dalam pertempuran itu.

Kem Minusma meliputi kira-kira empat hektar bersebelahan lapangan terbang dan kem tentera Mali.

Bagaimanapun, Minusma mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kem angkatan tentera Mali di Sevare serta serangan bom kereta yang mengorbankan dan mencederakan orang awam.

“Tembakan juga dilepaskan ke arah kem Minusma.

“Kami juga sedia bekerjasama dan memberi semua sokongan diperlukan kepada pihak berkuasa Mali untuk menjalankan siasatan,” jelas misi itu dalam kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.