Warga emas bunuh bekas kekasih guna serbuk toksik

Warga emas bunuh bekas kekasih guna serbuk toksik

KEADAAN kompleks beli-belah selepas serbuk toksik dilepaskan oleh warga emas di Bogota, Colombia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Seorang lelaki di Colombia menggunakan serbuk toksik yang tidak dikenali untuk membunuh bekas kekasihnya di sebuah pusat beli-belah.

Setiausaha Keselamatan Tempatan, Mariano Atehortua berkata, Luis Carlos Aguirre 67, dilaporkan mencari bekas pasangannya, Maryori Munoz, 40, di sebuah pusat membeli-belah berhampiran Medellin kerana bekas pasangannya itu bekerja di salon kecantikan.

Atehortua memberitahu Blu Radio, Munoz dikatakan meninggalkan tempat kerjanya untuk bertemu Aguirre yang didakwa mengganggunya, tetapi kembali dalam beberapa minit untuk meminta bantuan.

Pegawai pusat membeli-belah, kakitangan perubatan dan polis dilaporkan merawat Munoz di tempat kejadian dan memindahkannya ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kata pegawai keselamatan itu, hospital memaklumkan bahawa kornea mata mangsa musnah sepenuhnya, begitu juga saluran pernafasannya.

“Aguirre (suspek) sendiri mengalami masalah pernafasan.

“Seorang pegawai bomba, dua anggota polis, dua pekerja hospital dan dua orang awam yang lain di pusat beli-belah itu turut jatuh sakit akibat terkena bahan itu, kata Atehortua.

Gejala yang dialami mereka termasuk loya, muntah dan sakit kepala, walaupun semuanya berada dalam keadaan stabil.

Sifat bahan itu tidak diketahui, kata Atehortua.

Dua tingkat pusat membeli-belah yang tercemar dengan bahan toksik itu turut ditutup.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.