Wanita Virginia dinobat pemain hoki ais wanita tertua - Utusan Malaysia

Wanita Virginia dinobat pemain hoki ais wanita tertua

LINDA Sinrod masih bersemangat untuk beraksi walaupun mencecah usia 82 tahun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIRGINIA: Seorang wanita berusia 82 tahun dari Virginia dinobat sebagai pemain hoki ais wanita tertua di dunia, oleh Rekod Dunia Guinness.

Lapor UPI, Linda Sinrod yang berasal dari daerah Lorton merupakan seorang pemain luncur ais sebelum terpikat dengan hoki ais pada usia 35 tahun, selepas diajak rakannya untuk mencuba sukan itu semasa lawatan ke sebuah kolam beku.

Sinrod sangat menyukai hoki ais sehingga dia menjadi ahli pengasas pasukan hoki wanita pertama di kawasan Washington D.C.

Wanita itu bermain selama 10 tahun dan kemudian meninggalkan pasukan itu selama lebih sedekad sebelum mengambil keputusan untuk kembali beraksi setelah bertemu semula dengan bekas rakan sepasukannya.

“Selepas bersara, saya melihat apa yang dilakukan oleh rakan sepasukan lama saya dan mendapati salah seorang daripada mereka sedang melatih pasukan Prince William Wildcats, jadi pada usia 67 tahun saya memutuskan untuk menyertai mereka,” katanya.

Rakan sepasukan Sinrod kemudian memintanya meninggalkan pasukan Wildcats pada usia 75 tahun kerana dia bergelut untuk bersaing dengan mereka.

Namun wanita itu enggan berputus asa  dan mula bermain dalam liga wanita yang akan memilih pasukan setiap dua kali setahun.

“Saya sentiasa menjadi orang tertua bermain, jadi saya sentiasa ingin tahu tentang berapa umur pemain hoki wanita tertua di dunia.

“Akhirnya apabila saya berumur 80 tahun, saya menyemak Rekod Dunia Guinness untuk melihat berapa umur pemain hoki tertua dan ternyata ia adalah saya,” kata Sinrod.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya