Wanita menikah diri sendiri - Utusan Malaysia

Wanita menikah diri sendiri

SOFI Maure mendapat perhatian warga net kerana sudah mahu bercerai sehari selepas menikahi diri sendiri.-AGENSI

JAKARTA: Beberapa media Indonesia kecoh dengan berita seorang wanita berasal dari Argentina yang mendakwa bernikah dengan dirinya sendiri.

Bagaimanapun wanita yang dikenali sebagai Sofi Maure kemudian mengakui tidak sanggup meneruskan status itu dan ingin bercerai keesokan harinya.

Menerusi akaun instagramnya, Maure tampil dengan busana pengantin lengkap dengan tiara dan kek bagi meraikan perkahwinan yang tidak masuk akal itu tanpa pasangan di sisi.

“Hari ini adalah hari paling pelik dalam hidup saya, saya membeli gaun pengantin dan membuat kek perkahwinan untuk mengahwini diri sendiri,” tulis Maure di akaun Twitternya.

Muat naik itu menjadi perbualan hangat warganet dan ramai menuduh Maure sengaja mencari perhatian.

Bagaimanapun, hanya sehari selepas itu wanita tersebut memberikan kemaskini mengenai keadaan rumah tangganya yang lebih mengejutkan apabila mengakui tidak mampu untuk meneruskan komitmen tersebut dan mahu bercerai.

“Kemas kini terbaharu. Hanya satu hari menikah dengan diri sendiri dan aku sudah tidak sanggup lagi. Aku sedang mempertimbangkan untuk bercerai dan berjaga-jaga,” ungkapnya.

Ramai warganet yang mengikuti perkembangan wanita cantik itu menasihatinya untuk mendapatkan nasihat pakar psikologi, malah ada yang menawarkan diri untuk menjadi pasangannya.

“Maure, perkahwinan adalah untuk lelaki dan perempuan, sukar untuk hidup bersendirian. Awak perempuan yang cantik, saya sudi berkahwin dengan awak,” tulis salah seorang warganet.-AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN