Wagner Russia merekrut 30,000 pejuang baharu Mei ini

Wagner Russia merekrut 30,000 pejuang baharu Mei ini

KUMPULAN Wagner bersama logo pasukan mereka. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Ketua kumpulan tentera upahan Wagner Russia, Yevgeny Prigozhin mengumumkan perancangan untuk merekrut kira-kira 30,000 tentera atau pejuang baharu menjelang pertengahan Mei ini.

Hasrat itu diutarakan menerusi mesej suara yang dikeluarkan Prigozhin melalui Te­legram.

Prigozhin juga mendakwa Wagner merekrut kira-kira 500 hingga 800 orang secara purata setiap hari, kadang kala sehingga 1,200 orang setiap hari.

“Kemungkinan bilangan re­k­rut ini berkurangan selepas beberapa ketika, namun, menjelang pertengahan Mei, kami merancang bahawa bila­ngan pejuang unit itu akan me­ningkat kira-kira 30,000 orang,” kata Prigozhin dalam mesej ber­kenaan.

PERJUANGAN UNTUK RUSSIA
Wagner ialah sebuah kumpulan tentera upahan yang diken­dalikan oleh Prigozhin, berada di barisan hadapan sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan sentiasa pantas menuntut perjuangan Russia.

Kumpulan ini terkenal de­ngan taktik yang ganas dan kejam serta tidak mengambil kira nyawa askarnya sendiri.
Penganalisis ketenteraan Amerika Syarikat, Leftenan Je­neral Mark Hertling menyifatkan taktik Wagner di timur Ukraine seperti keterlaluan.

PENGAMBILAN DI 42 BANDAR
Minggu lepas, Prigozhin ber­kata, Wagner membuka usaha pengambilan pejuang baharu di 42 bandar di Russia.

Wagner menumpukan perhatian pada merekrut askar upahan dari kelab sukan, gimnasium tinju dan gimnasium lain serta mereka yang sebelum ini menamatkan kontrak enam bulan sebagai pejuang dan mereka ini boleh diupah semula.

Wagner juga merekrut sebilangan kecil pejuang warga a­sing.

CNN sebelum ini melaporkan bahawa Wagner berhenti daripada merekrut individu dari penjara pada Januari lalu.

Kempen pengambilan tentera dari penjara dihebahkan dengan baik dan meluas sehingga berjaya merekrut sebanyak 40,000 orang untuk Wagner tahun lepas.

Tetapi, dikhabarkan ramai daripada mereka terbunuh atau cedera dalam pertempuran sekitar bandar Bakhmut, tempat pertempuran selama berbulan-bulan lamanya.

Kumpulan itu kini mencari puluhan ribu pejuang baharu, me­nunjukkan bahawa ia me­ngalami kerugian besar dalam konflik itu.

Awal bulan ini, Prigozhin mengakui bahawa keadaan di Bakhmut adalah sukar dengan musuh bertempur antara satu sama lain.

Pertempuran untuk Bakhmut banyak memusnahkan tentera upahan Wagner.

Walaupun Wagner membuat keuntungan tambahan di sekitar Bakhmut dan kini meme­gang bahagian timur bandar itu, namun, ia dilaporkan menelan kos yang besar.

Prigozhin dikatakan meminta sokongan tentera Russia dan aliran peluru yang lebih dipercayai, namun, bantuan itu tidak diperoleh mereka.

Dia juga menuduh Kementerian Pertahanan Russia cuba membuli pasukannya.

Laporan perisikan tentera Ukraine yang diperoleh CNN memperincikan taktik tanpa penyesalan yang digunakan oleh Wagner.

Laporan itu bertarikh Di­sember 2022 menyimpulkan bahawa kematian beribu-ribu askar Wagner adalah tidak pen­ting bagi masyarakat Rusia.

Pada Januari lalu, seorang bekas tentera upahan Wagner berkata dalam wawancara eks­klusif CNN, kekejaman yang disaksikannya di Ukraine akhir­nya mendorongnya untuk berpaling tadah. – CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya