Tikus New York boleh dijangkiti virus Covid-19 - Utusan Malaysia

Tikus New York boleh dijangkiti virus Covid-19

KAJIAN saintis AS mendapati tikus mampu menyebarkan virus Covid-19.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan berjuta-juta tikus yang berada di seluruh bandar raya New York boleh dijangkiti virus Covid-19.

Menurut Sky News, pasukan berkenaan mendapati tikus berkenaan terbukti terdedah kepada pelbagai varian virus Covid-19 termasuk tahap jangkitan yang tinggi di saluran udara atas dan bawah mereka.

Penyelidik di Universiti Missouri itu juga melihat sama ada tikus New York boleh dijangkiti dan menjangkiti, memandangkan sejumlah besar haiwan tersebut ditemukan bersarang di kebanyakan rumah dan bangunan di bandar raya itu.

“Untuk pengetahuan terbaik kami, ini adalah salah satu kajian pertama menunjukkan varian SARS-CoV-2 yang menjadi punca penyebaran Covid-19 boleh menyebabkan jangkitan dalam populasi tikus liar di kawasan bandar utama AS,” kata Ketua Pengarang laporan kajian tersebut, Dr. Henry Wan.

Dengan kebenaran pegawai tempatan, penyelidik menjalankan dua operasi untuk memerangkap tikus di dalam dan sekitar lokasi sistem kumbahan bandar, kebanyakannya di Brooklyn.

Pengawasan pembetungan digunakan semasa pandemik diisytihar untuk mengesan kadar penyakit.

Ahli biologi mengumpul dan memproses sampel daripada 79 tikus yang ditangkap antara September hingga  November 2021 dan mendapati 13 daripadanya dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan kajian tersebut, dianggarkan lebih 1.3 juta tikus di New York City dijangkiti Covid-19.

Hasil kajian semakan tersebut diterbitkan dalam jurnal American Society for Microbiology. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya