Sanggup belanja RM5.4 juta jadi kembar Kim Kardashian - Utusan Malaysia

Sanggup belanja RM5.4 juta jadi kembar Kim Kardashian

CHALY teruja kerana sering ditegur memiliki wajah serupa dengan Kim Kardashian.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita dari London mengakui sudah menghabiskan wang lebih 1,1 juta pound (RM5.4 juta) untuk menjalani kehidupan seperti selebriti terkenal, Kim Kardashian.

Lapor Mirror UK ,  pempengaruh, Chaly D.N. yang memiliki 1.2 juta pengikut di laman Instagram berkata, dia sanggup mengeluarkan belanja besar untuk kelihatan seperti Kim kerana sering ditegur mempunyai wajah serupa dengan bintang realiti itu.

Malah Chaly memberitahu turut memiliki puluhan busana sama daripada pereka fesyen terkenal kegemaran Kim termasuk Givenchy dan Tom Ford. 

“Almari pakaian saya dipenuhi semua yang disukai Kim. Selain jam tangan Rolex berharga 30,000 pound (RM164,500), saya juga memiliki gaun bernilai 4,000 pound (RM21,934) yang pernah dikenakan Kim serta kot bulu Givenchy berharga 7,000 pound (RM38,375) seperti milik Kim.

“Pakaian pilihan Kim sangat cantik. Saya memakainya setiap musim dingin.  Ketika saya memakainya, saya merasa seakan sayalah Kim Kardashian,” katanya.

Chaly turut mengakui banyak menghabiskan wangnya mengikut perkembangan fesyen Kim dan kerap menukar beg tangan mengikut apa yang dipakai selebriti kesayangannya itu.

Wanita berkenaan turut mendakwa,  selain suntikan Botox, dan pembedahan pembesaran payudara, wajahnya benar-benar asli dan kelihatan seperti Kim secara semulajadi.

“Saya hanya terinspirasi dengan penampilan Kim selepas terlalu  ramai orang yang menegur saya mengatakan wajah saya mirip sepertinya.

“Tetapi sejujurnya saya tidak pernah mencuba atau sengaja membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Kim. Wajah saya secara kebetulan terlihat seperti Kim dan saya mencintai diri saya seadanya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.