Rusuhan di Georgia: 50 polis cedera, 66 penunjuk perasaan

Rusuhan di Georgia: 50 polis cedera, 66 penunjuk perasaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TBILISI: Seramai 66 penunjuk perasaan ditahan manakala puluhan anggota polis cedera selepas pertempuran ganas berlaku di ibu negara Georgia.

Demontrasi itu diadakan bagi membantah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang `ejen asing’ yang kontroversi.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan pegawai penguatkuasa menahan 66 penunjuk perasaan berdasarkan artikel mengenai perbuatan hooliganisme dan tidak mematuhi arahan polis.

“Akibat tindakan ganas penunjuk perasaan, seramai 50 anggota polis cedera dalam rusuhan itu,” katanya dalam kenyataan disiarkan oleh agensi berita Russia.

Jelas beliau, beberapa pegawai penguatkuasa undang-undang masih sedang menerima rawatan di hospital.

Pihak berkuasa Georgia berdepan kritikan antarabangsa yang semakin memuncak berhubung beberapa pembaharuan demokrasi yang dianggap mundur termasuk tindakan mengenakan penjara terhadap bekas pemimpin Mikheil Saakashvili.

Sementara itu, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Georgia menyifatkan undang-undang itu sebagai berinspirasikan Kremlin.

Malah, kedutaan AS itu juga menegaskan ia bertentangan dengan aspirasi negara untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN