Ribut musim sejuk: Biden isytihar darurat di California

Ribut musim sejuk: Biden isytihar darurat di California

TIMBUNAN salji tebal meliputi sebuah kawasan di pergunungan Sierra Nevada di Mammoth Lakes, California. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden meluluskan perintah darurat di California ketika negeri itu masih terus dilanda ribut musim sejuk.  

Lapor Xinhua, White House dalam kenyataan memaklumkan Biden juga mengarahkan untuk meningkatkan usaha tindak balas negeri dan tempatan berikutan situasi kecemasan tercetus akibat ribut musim sejuk, banjir dan tanah runtuh yang bermula sejak 9 Mac lalu dan masih berterusan.   

Perintah darurat itu memberi kuasa kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan AS untuk menyelaraskan semua usaha bantuan bencana yang bertujuan meringankan beban dan penderitaan penduduk.  

Tindakan itu juga membolehkan bantuan sewajarnya disediakan bagi langkah-langkah kecemasan yang diperlukan. 

Dilaporkan, ribut itu melanda sebahagian besar California sejak semalam sehingga membawa salji, hujan lebat serta banjir.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberi amaran ribut musim sejuk turut mencetuskan salji lebat terutama di kawasan tinggi di utara dan tengah California selain hujan dan ancaman banjir di seluruh negeri termasuk di barat Nevada.

Khamis lalu, Gabenor California, Gavin Newsom memohon darurat diisytiharkan bagi membolehkan bantuan Persekutuan diagihkan kepada usaha tindak balas negeri dan tempatan menghadapi ribut yang diramal berterusan hingga pertengahan Mac.

Newsom turut mengisytiharkan darurat di 21 daripada 58 daerah di California untuk menyokong usaha tindak balas dan bantuan bencana. 

Pada awal bulan ini, darurat turut diisytiharkan di 13 daerah di negeri tersebut.

“California mengerahkan setiap aset yang ada untuk melindungi masyarakat daripada ribut yang berterusan melanda negeri ini. 

“Justeru, dalam keadaan berbahaya dan mencabar ini, adalah penting bagi penduduk California untuk terus berwaspada dan mematuhi semua panduan daripada pihak berkuasa,” jelasnya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya