Putin lawat bandar Mariupol

Putin lawat bandar Mariupol

PUTIN (kiri) meluangkan masa bercakap dengan penduduk tempatan di kawasan perumahan baharu semasa lawatannya ke bandar Mariupol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin dilaporkan memandu sekitar Mariupol, bandar yang musnah ketika berada di bawah kawalan tentera Russia pada permulaan perang.

Ia merupakan lawatan pertama Putin ke wilayah Donbas Mariupol yang dikuasai Russia sejak Mei lalu.

Saluran BBC mengenal pasti beberapa laluan digunakan oleh pemimpin itu ketika memandu sekitar bandar Mariupol pada waktu malam.

Beliau antara lain memandu melalui berhampiran beberapa lokasi serangan yang terkenal semasa serangan pasukan tentera Russia selama berbulan-bulan.

Malah, rakaman video dikeluarkan oleh media Russia menunjukkan Putin sedang berbual dengan Timbalan Perdana Menteri, Marat Khusnullin ketika memandu menuju ke arah dewan konsert di bandar tersebut.

“Putin kelihatan memandu menuruni Kuprina St., membelok ke Myry Avenue dan kemudian ke Metalurhiv Avenue iaitu lokasi dewan konsert Filharmonik yang beliau mengunjungi bangunan itu dalam rakaman itu,” jelas BBC.     

Dalam pada itu, Kremlin memaklumkan lawatan itu diadakan pada Sabtu lalu setelah Putin secara tiba-tiba memutuskan untuk mengunjungi bandar berkenaan.

Sementara itu, Datuk Bandar Mariupol, Vadym Boychenko yang hidup dalam buangan menyifatkan lawatan Putin ke bandar tersebut `amat bermakna’ buat pemimpin itu ekoran insiden yang berlaku di sana.

“Kita harus faham bahawa Mariupol merupakan tempat simbolik untuk Putin kerana kemarahan yang ditimbulkan di bandar tersebut.

“Tiada bandar lain yang musnah seperti itu, malah tiada juga pernah dikepung begitu lama.

“Jadi, beliau datang sendiri untuk menyaksikan kemusnahan yang dilakukannya,” katanya.                

Rakaman video juga menunjukkan Putin mengunjungi kawasan kediaman baharu dibina yang dipercayai terletak di daerah Nevsky di Mariupol.

Beliau juga dilihat meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk tempatan selain melawat sebuah bangunan apartmen tiga bilik di kawasan itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya