Putin akan bincang dengan Xi Jinping mengenai tamat krisis di

Putin akan bincang dengan Xi Jinping mengenai tamat krisis di Ukraine

VLADIMIR Putin (kanan) bertemu dengan Xi Jinping di Kremlin, Moscow, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin akan membincangkan mengenai rancangan 12 perkara yang diutarakan Presiden China, Xi Jinping pada bulan lalu bagi menyelesaikan krisis akut di Ukraine.

Lapor BBC, Putin berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk proses rundingan berkenaan.

Namun, Jumaat lalu, Amerika Syarikat (AS) memberi peringatan bahawa rancangan damai itu boleh menjadi taktik tergendala.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, dunia tidak seharusnya tertipu dengan sebarang langkah taktikal oleh Russia yang disokong oleh China atau mana-mana negara lain untuk menghentikan perang dengan syaratnya sendiri.

Blinken menambah, beliau menyeru gencatan senjata termasuk penyingkiran tentera Russia dari wilayah Ukraine secara berkesan akan menyokong ratifikasi penaklukan Russia.”

China dilaporkan mengeluarkan rancangan untuk menamatkan perang bulan lalu dan ia termasuk menghentikan permusuhan dan menyambung semula rundingan damai.

Kesatuan Eropah (EU) memberi Ukraine peluru bernilai €2bn (RM….) selepas China tidak secara khusus mengatakan bahawa Russia mesti berundur dari Ukraine yang ditegaskan Ukraine sebagai prasyarat untuk sebarang rundingan.

Sebaliknya, China bercakap tentang hak menghormati kedaulatan semua negara sambil menambah bahawa semua pihak mesti kekal rasional dan menahan diri.

Isnin lalu, sebuah kumpulan tentera memberi sambutan hangat kepada Jinping yang tiba ke Moscow.

Putin memuji China kerana mematuhi prinsip keadilan dan mendesak untuk keselamatan yang tidak berbelah bahagi untuk setiap negara.

Sebagai balasan, Jinping memberitahu Putin bahawa di bawah kepimpinan kuatnya, Russia mencapai kemajuan besar dalam pembangunannya yang makmur.

“Saya yakin bahawa rakyat Russia akan terus memberikan sokongan padu mereka,” kata Jinping.

Sebelum ketibaan Jinping, Putin menulis dalam akhbar People’s Daily China bahawa kedua-dua negara tidak akan dilemahkan oleh dasar agresif AS.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.