Pengasas 7-Eleven, Masatoshi Ito meninggal dunia  - Utusan Malaysia

Pengasas 7-Eleven, Masatoshi Ito meninggal dunia 

MASATOSHI ITO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Masatoshi Ito, jutawan Jepun yang menjadikan kedai serbaneka 7-Eleven sebagai empayar global, meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Ito salah seorang usahawan runcit paling terkenal di Asia.

Lapor CNN, Seven & I Holdings (SVNDF), pengendali 7-Eleven, mengesahkan kematian itu dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu menambah bahawa Ito meninggal dunia akibat tua pada 10 Mac lalu.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kebaikan dan persahabatan anda sepanjang hayatnya dan dengan segala hormatnya memaklumkan pemergiannya,” kata syarikat itu.

Ito mengubah sektor peruncitan setiap hari di Jepun.

Mendiang menjadikan syarikat kelahiran Amerika Syarikat itu sebagai jenama antarabangsa, terutamanya di Asia.

Seven & I Holdings kini mengendalikan lebih 83,000 kedai di seluruh dunia, termasuk kedai 7-Eleven di 19 wilayah dan negara serta rangkaian kedai serbaneka Speedway di Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya