Penerbangan ditunda beberapa jam akibat ancaman bom

Penerbangan ditunda beberapa jam akibat ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Satu penerbangan Singapore Airlines (SIA) terpaksa ditunda selama beberapa jam di Johannesburg, Afrika Selatan berikutan menerima ancaman bom.

Pesawat SQ478 dalam penerbangan dari Singapura ke Cape Town melalui Johannesburg apabila SIA dimaklumkan mengenai ancaman bom berkenaan.

Menurut SIA, kesemua 58 penumpang dan 15 anak kapal berjaya dibawa keluar dari pesawat itu dengan selamat selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg.

Jelas syarikat penerbangan itu, pemeriksaan keselamatan dijalankan dan SIA juga memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

Selepas pemeriksaan keselamatan tambahan selesai, pesawat itu berlepas dari Johannesburg pada pukul 12.37 tengah hari (waktu tempatan) dan tiba di Cape Town pada pukul 2.29 petang (waktu tempatan), kira-kira lima jam lewat dari dijadualkan.

“SIA memandang serius berkaitan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami,” jelasnya.

Tambah syarikat itu, pihaknya tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat kerana ia melibatkan isu keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya