Pedang purba berusia 1,600 tahun ditemukan di Jepun

Pedang purba berusia 1,600 tahun ditemukan di Jepun

PEDANG itu ditemukan di dalam sebuah kubur di Tomio Maruyama di Nara. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebilah pedang besar sepanjang 2.13 meter yang dipercayai berusia lebih 1,600 tahun, ditemukan di Jepun.

Lapor Daily Mail, senjata yang mendapat jolokan `pembunuh syaitan’ itu ditemukan di dalam sebuah kubur di Tomio Maruyama di Nara.

Malah, senjata itu dipercayai diletakkan di dalam kubur berkenaan bagi membantu si mati menghalau roh jahat di alam lain selepas kematian.    

Sekumpulan ahli arkeologi menemukan keranda kayu sepanjang 4.87 meter di dalam kubur yang menempatkan pedang dan perisai yang dibina daripada cermin.

Meskipun, banyak pedang `pembunuh syaitan’ sedemikian ditemukan di Jepun, namun penemuan terbaharu adalah yang terbesar dan paling tua pernah dijumpai di negara itu.

Penemuan terbaharu itu turut menunjukkan bahawa individu dalam kubur tersebut dipercayai berasal dari golongan elit yang mungkin pernah berkhidmat dalam tentera.

Sejak tahun lalu, ahli arkeologi membersihkan lapisan kotoran dari lubang kubur yang berukuran 106.6 meter lebar dan sedalam 9.75 meter.

Kubur berkenaan dikenali sebagai ‘kofun’ sempena nama kerajaan Kofun dalam sejarah Jepun, sejak ia dibina antara 300 dan 710 Masihi, lapor Live Science.   

“Setakat ini, kami sudah menjalankan tinjauan laser udara (tinjauan pertama) dan penggalian (tinjauan kedua hingga kelima). 

“Kami juga memperoleh hasil penting dalam menjelaskan struktur kubur itu,” jelas kumpulan ahli arkeologi dalam kenyataan mengumumkan penemuan pedang itu.

Selain itu, tinjauan berkenaan menunjukkan ruang ‘ritual’ terkurung di dalam kubur tersebut.

Ia membawa kumpulan ahli arkeologi ke lubang kubur yang mana penemuan kotak tanah liat yang menempatkan keranda itu. 

“Keranda itu dipercayai diletakkan di bahagian bawah lubang kubur yang ceruk dan lapisan nipis tanah liat dan pasir diratakan kira-kira 30 sentimeter (cm) di luar kedudukan yang mana penutup keranda diletakkan,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, pedang dan cermin besar ditemukan di dalam keranda tersebut.

Pedang bilah sepanjang 15.24cm yang dikenali sebagai dako berkemungkinan tidak pernah digunakan namun ia direka khas untuk diletakkan bersama si mati di dalam kubur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya