Model cantik tular jual roti bakar di warung  - Utusan Malaysia

Model cantik tular jual roti bakar di warung 

AKSI Jesicca menyiapkan pesanan roti bakar di warungnya tular di laman TikTok baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang model cantik tular dalam media sosial selepas membuka gerai roti bakar jalanan di kawasan Kelapa Gading. 

Video gelagat model cantik dikenali sebagai Jessica menyediakan tempahan pelanggan dimuat naik oleh seorang vlogger makanan dengan nama akaun TikTok @daddykuliner baru-baru ini.

Lapor Detik Food, Jessica merupakan model tempatan yang sering menghadiri beberapa acara.

Aksinya dalam video tersebut mencuri perhatian ramai pelanggan kerana die memasak dan menyediakan sendiri menu makanan di gerainya.

“Warung ini baru sahaja dibuka, cuma hobi. Ini pengalaman pertama menjual di Warung Jes Kelapa Gading,” katanya.

Dalam video tular itu, Jessica turut menyediakan jus oren dan biarpun kerjayanya sebagai seorang model, Jessica tidak teragak-agak melayan pelanggan di kedainya.

Roti bakar yang ditawarkan oleh Jessica mempunyai pelbagai variasi bermula dari pelbagai jem buah-buahan hingga ke kacang manis dan berperisa.

Jessica juga turut menjual menu Indomie yang menjadi kegemaran rakyat Indonesia selain ayam geprek, pisang bakar dan beberapa jenis pencuci mulut lain.

“Indomie pun ada. Lepas itu ada ayam geprek, nasi goreng, roti bakar dan pisang bakar juga jadi semuanya lengkap.

“Gerai saya dibuka setiap hari dari pukul 6.00 petang hingga tengah malam jadi boleh datang dan mencuba menu-menu yang enak,” jelas Jessica dalam videonya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya