Mati dan kemusnahan jika Trump didakwa

Mati dan kemusnahan jika Trump didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran tentang potensi kematian dan kemusnahan jika dia terus didakwa dalam penyiasatan pembayaran wang ‘tutup mulut’ oleh peguam peribadinya ke atas bintang lucah pada 2016.

Trump dikatakan membuat komen berkenaan hampir seminggu selepas dia mendakwa dirinya akan ditangkap berhubung kes itu dan menggesa penyokongnya untuk membantah.

Beliau berkata, tuduhan seperti itu akan menjadi malapetaka buat AS.

“Orang jenis apakah yang boleh mendakwa orang lain…dalam kes ini bekas Presiden AS yang mendapat lebih banyak undi untuk pencalonan Parti Republikan dengan tiada jenayah dilakukan dan juga diketahui bahawa potensi kematian kemusnahan dalam tuduhan palsu seperti itu boleh menjadi malapetaka bagi negara kita?” luah Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Bekas presiden itu yang bertanding semula untuk White House pada 2024 berulang kali menegur Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg yang juga pendakwa raya yang menyelia siasatan.

Sebelum itu, Trump menyiarkan artikel yang memaparkan imej berpecah yang menunjukkan foto bekas presiden itu memegang kayu besbol di sebelah dan gambar Bragg di sebelah yang lain.

Amaran Trump itu mewujudkan kebimbangan terhadap keganasan politik apabila lebih dua tahun lalu, kumpulan penyokong Trump menyerbu Capitol AS pada 6 Januari 2021 untuk menghalang kemenangan Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden 2020.

NBC News memetik kenyataan seorang pegawai penguat kuasa undang-undang yang memberitahu pejabat Bragg menerima surat yang mengandungi serbuk putih dan mesej ugutan.

“Alvin Bragg: Saya akan membunuh kamu!!!!!!!!!!!!!, kata pegawai itu,” menurut NBC.

Saluran media AS kemudian memetik jurucakap pejabat Bragg yang mendedahkan kandungan surat tersebut dan pegawai penguat kuasa undang-undang mendapati tiada bahan berbahaya.

“Jika anda masih menyokong Donald Trump, anda menyokong individu yang menyeru kekacauan dan keganasan dan terus menyeru kekacauan dan keganasan,” ciap Ahli Kongres Demokrat, Ted Lieu di Twitter pada hari Jumaat.

Ketua Minoriti Dewan Demokrat, Hakeem Jeffries juga menggelar tindakan Trump sebagai tercela dan menjijikkan. -Al Jazeera

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.