Li Qiang Perdana Menteri baharu China

Li Qiang Perdana Menteri baharu China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Li Qiang, seorang daripada sekutu paling dipercayai Presiden China, Xi Jinping dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Pelantikan itu dibuat ketika Jinping mengukuhkan pengaruhnya ke atas kepemimpinan tertinggi negara itu.

Li Qiang yang merupakan bekas ketua Parti Komunis Shanghai dinamakan sebagai pengganti kepada perdana menteri Li Keqiang yang berundur selepas menyandang jawatan itu selama dua penggal.

Pemimpin berusia 63 tahun itu menerima hampir semua undian daripada lebih 2,900 perwakilan di Kongres Rakyat Kebangsaan sehari selepas Jinping dipilih sebulat suara untuk penggal ketiga yang dilihat melanggar norma sebagai presiden.

Usul Jinping mencalonkan Li Qiang sebagai perdana menteri dibacakan di dewan rakyat pada pagi tadi.

Pelantikan Li Qiang sebelum ini mencetuskan keraguan selepas beliau mengendalikan perintah berkurung Shanghai, yang mana penduduk bergelut untuk mendapatkan makanan dan rawatan perubatan.

Bagaimanapun rekod Li Qiang serta protes meluas pada musim sejuk lalu ke atas dasar sifar Covid-19, diketepikan apabila Jinping mengukuhkan cengkamannya terhadap politik China. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya