Lelaki tinggal bersama mayat reput sebelum bunuh diri

Lelaki tinggal bersama mayat reput sebelum bunuh diri

POLIS menerima panggilan kecemasan selepas jiran terhidu bau busuk dari rumah itu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang warga emas lelaki di Amerika Syarikat (AS) dipercayai tinggal bersama mayat yang sudah reput selama beberapa bulan sebelum bertindak meragut nyawa sendiri.

Lapor Mirror, menurut polis, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan kediaman di Harris County di Texas.

Jelas polis, pihaknya menerima panggilan kecemasan selepas jiran terhidu bau busuk dan ternampak lalat hurung di rumah berkenaan.  

“Ketika mahu memasuki rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan.

“Kami menemukan warga emas itu terbaring atas lantai bilik tidur dengan luka tembakan,” katanya.

Polis memaklumkan pihaknya turut menemukan mayat lelaki lain yang dalam keadaan reput teruk di sebuah bilik berasingan di rumah tersebut.

Tambah polis, punca kematian mayat yang reput itu masih dalam siasatan.

“Hubungan antara kedua-dua lelaki berkenaan masih belum diketahui namun nampaknya mereka tinggal bersama di rumah itu,” jelasnya.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya