Lelaki dituduh scammer dakwa akan pulangkan wang mangsa

Lelaki dituduh scammer dakwa akan pulangkan wang mangsa

MATTHEW Farr mendakwa akan memulangkan wang semua pelanggan dan pelabur. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang dituduh menipu ramai warga Britain sehingga jumlah kerugian mencecah 100,000 Pound (RM543,759), mendakwa akan membayar balik wang semua mangsanya.

Lapor mirror.com.uk, Matthew Farr, 37, dikenakan hukuman penjara akibat penipuan skim panel solar yang mana dia menggunakan wang penduduk Scotland untuk berjudi dan hidup mewah.

Kini, lelaki itu membuat dakwaan baharu berhubung firma automotif baik pulih kenderaan miliknya yang berpangkalan di England.

Farr dari Glasgow mendakwa dia secara peribadi akan membayar balik semua wang pelanggan dan pelabur firma Masco Detailing Ltd.

“Jumlah kerugian peribadi dan hutang ditanggung oleh pihak kami jauh melebihi jumlah keseluruhan wang pelabur dan pelanggan.

“Dakwaan kononnya sedang hidup bermewah-mewahan atas wang orang lain adalah tidak benar sama sekali. Malah, bilangan individu yang dikatakan terkesan bersamaan dengan kurang 0.1 peratus daripada semua pelanggan dilayan oleh Masco.

“Walaupun begitu, pihak kami tidak mahu sesiapa berasa beban. Oleh itu, saya secara peribadi akan membayar balik semua wang pelanggan dan pelabur yang kehilangan wang disebabkan syarikat gulung tikar,” jelas firma automotif itu dalam kenyataan.           

Bagaimanapun, kebanyakan mangsa penipuan yang mahu mendapatkan semula wang mereka mendakwa alamat emel diberikan oleh firma itu tidak wujud.  

Menurut mangsa, emel yang dihantar ke firma automotif itu kembali semula kepada pengirim dengan menyatakan nama domain tidak ditemukan. 

Insiden ini berlaku selepas Farr yang menggunakan nama Matthew Scott, diperintah menjalani hukuman penjara selama seminggu selepas gagal hadir ke mahkamah.

Farr dikehendaki hadir ke mahkamah selepas seorang pelanggan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung bayaran sebanyak 3,450 Pound (RM18,732) kepada Masco Detailing Ltd untuk kerja baik pulih kenderaan pada Ogos 2021 yang didakwa tidak dilakukan serta wang itu gagal dikembalikan.   

Farr diperintah untuk membayar ganti rugi sebanyak 4,078 Pound (RM22,135) kepada pelanggannya pada Mac tahun lalu.

Namun, Farr tidak membayar ganti rugi tersebut dan gagal hadir ke Mahkamah Daerah Nuneaton di Warwickshire berhubung pembayaran tersebut.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.