Lebih 1,000 anjing mati disyaki didera

Lebih 1,000 anjing mati disyaki didera

TANGKAP layar gambar seekor anjing yang diselamatkan dari rumah itu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Lebih 1,000 ekor anjing ditemukan mati di pekarangan sebuah rumah di kawasan kejiranan Yangpyeong, wilayah Yangpyeong, Korea Selatan.

Lapor The Korean Herald, haiwan berkenaan ditemukan oleh seorang penduduk ketika mencari anjing mereka yang hilang di kawasan kejiranan berkenaan.   

Polis kini sedang menyiasat seorang lelaki berusia 60-an atas tuduhan melanggar undang-undang perlindungan haiwan kerana disyaki mendera anjing berkenaan.

Menurut suspek, dia sering mencari banyak anjing terbiar dan menyebabkan haiwan tersebut mati kelaparan.  

Bagaimanapun, aktivis haiwan mendakwa lelaki itu dibayar oleh penternak anjing untuk membunuh ibu anjing yang tidak dapat beranak atau nilai komersial sudah menurun.   

Rakaman televisyen menunjukkan gambar kabur anjing yang mati dalam kandang, guni dan kotak di halaman rumah tersebut.

Sementara itu, seorang ahli kumpulan hak asasi haiwan Care berkata, lelaki itu menerima 10,000 won (RM34.21) daripada penternak anjing untuk ‘menjaga’ setiap haiwan itu.

Dia kemudiannya mengurung haiwan itu dan menyebabkannya mati kelaparan mulai tahun 2020.

Di bawah undang-undang perlindungan haiwan Korea Selatan, mana-mana individu yang membunuh haiwan dengan gagal memberi makanan atau air secara sengaja akan dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda 30 juta won (RM102,641).

Terdahulu, seorang kakitangan Care yang berada di tempat kejadian memberitahu bangkai anjing yang reput mencipta lapisan di tanah, dengan lebih banyak anjing mati diletakkan di atasnya untuk membuat lapisan baharu yang lain.

Jelasnya, empat ekor anjing yang diselamatkan dari rumah itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah klinik.

“Kesemua haiwan itu kelihatan kurus dan kurang zat makanan atau mengalami penyakit kulit manakala dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Majlis Perbandaran Yangpyeong memaklumkan pihaknya bercadang untuk membersihkan bangkai anjing pada minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya