Lamaran lelaki ditolak kerana jual ikan, kini jadi polis

Lamaran lelaki ditolak kerana jual ikan, kini jadi polis

ANANDA Rafi kini menjadi anggota polis. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kisah lamaran kahwin seorang lelaki yang ditolak oleh ibu bapa teman wanitanya hanya kerana bekerja sebagai penjual ikan laga, menjadi tular di laman media sosial.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya `membalas’ penolakan itu dengan kini berkhidmat sebagai anggota polis.

Lapor wolipop.detik.com, Ananda Rafi menjadi terkenal sekelip mata di Indonesia selepas memuat naik video menceritakan kisah kehidupannya menerusi akaun @anandarafiofficial di TikTok.            

Menerusi rakaman itu, Ananda menasihati orang ramai sekiranya sudah mempunyai impian, anda perlu berusaha ke arah mengejar impian hingga berjaya.

“Semua orang layak mempunyai impian dan berhak mengejar impian tersendiri mereka.

“Malah, jangan takut untuk bermimpi, sememangnya ia terjadi ketika tidur tetapi apabila anda bangun, bekerja keras menjadikan impian anda menjadi kenyataan,” katanya. 

Dalam rakaman itu, Ananda turut berkongsi sekeping gambar lama dirinya ketika masih menjual ikan laga pada tahun 2018.

Menurut Ananda, ketika itu, dia tidak mendapat restu daripada ibu bapa teman wanitanya untuk berkahwin kerana bekerja sebagai penjual ikan.

Jelasnya, kata-kata ibu bapa bekas kekasihnya menyebabkan dia mengejar impiannya untuk menjadi anggota polis.   

Malah, Ananda turut mengakui bekas teman wanita menghubunginya semula dan memintanya datang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapanya selepas menjadi polis.

Selain itu, Ananda juga memuat naik rakaman dan gambar mengenakan pakaian seragam polis semasa menjalankan tugasan.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya