Kuda belang 'serang' jalan raya Seoul - Utusan Malaysia

Kuda belang ‘serang’ jalan raya Seoul

SEEKOR kuda belang yang terlepas dari zoo berkeliaran di kawasan jalan raya di Seoul kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seekor kuda belang mencetus kekecohan di kawasan jalan raya yang sibuk di Seoul setelah haiwan itu terlepas dari kandang sebuah zoo di ibu negara.

Kuda belang jantan, bernama Sero itu dilaporkan meloloskan diri dari Zoo Kanak-Kanak Seoul petang kelmarin.

Lapor BBC, Polis, pegawai bomba dan kakitangan zoo bertungkus-lumus selama lebih tiga jam untuk menangkap Sero dan menghantar semula kuda belang itu ke kandangnya dengan selamat.

Video tular yang disiarkan dalam talian menunjukkan haiwan itu berlari melepasi lalu lintas di jalan yang sibuk.

Sero juga dilihat berkeliaran dan menyelongkar tong sampah di kawasan perumahan berhampiran timur bandar itu.

Menurut Balai Bomba Gwangjin, kuda belang berusia hampir dua tahun itu dapat melarikan diri selepas memecahkan pagar kayu di sekeliling kandangnya.

Sero akhirnya ditangkap oleh pegawai menggunakan pagar keselamatan selepas haiwan itu memasuki lorong sempit.

Mamalia tersebut ditenangkan sebelum dibawa pulang ke zoo dengan menaiki sebuah trak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya