Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik

Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara didakwa melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat pada hari ini.

Ia merupakan pelancaran kedua Pyongyang dalam masa tiga hari dan yang pertama sejak Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan bersama secara besar-besaran dalam tempoh lima tahun.

Menurut Ketua Staf Bersama (JCS) Korea Selatan, pihaknya mengesan dua peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilancarkan antara 7.41 pagi dan 7.51 pagi, yang terbang kira-kira 620 kilometer (km).

“Tentera kami sudah memperketatkan pengawasan dan kewaspadaan sebagai persediaan untuk pelancaran tambahan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Jurucakap kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno mengesahkan peluru berpandu itu tidak mendarat di perairan negaranya.

Namun, Tokyo mengesyaki Korea Utara mungkin mengambil `tindakan provokatif lebih lanjut’.

Pelancaran itu dibuat hanya beberapa hari selepas Pyongyang melancarakan dua `peluru berpandu jelajah strategik’ dari sebuah kapal selam sebagai protes terhadap latihan ketenteraan AS-Korea Selatan.

Dilaporkan, Washington dan Seoul mempertingkatkan kerjasama pertahanan dalam menghadapi ancaman ketenteraan dan nuklear yang semakin meningkat dari Pyongyang.

Ini berikutan Korea Utara menjalankan beberapa siri ujian senjata terlarang yang semakin provokatif sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya