Kerajaan sedia tiket pulang beraya percuma

Kerajaan sedia tiket pulang beraya percuma

BUMN menyediakan tiket bas dan pengangkutan awam lain secara percuma kepada mereka yang ingin pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Erick Thohir melancarkan program pulang ke kampung halaman secara percuma kepada rakyat Indonesia bagi menyambut lebaran tahun ini.

Lapor Kompas.com, melalui program tersebut, orang ramai boleh mendapatkan tiket pengangkutan awam secara percuma dengan membuat pendaftaran awal secara dalam talian.

Jelasnya, program itu bertujuan untuk mengalihkan ribuan pengguna kenderaan khususnya motosikal kepada mod pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan kapal laut yang menepati piawaian keselamatan pengangkutan.

“Program mudik bersama BUMN ini merupakan usaha kami dalam membantu masyarakat agar dapat pulang dengan selamat dan selesa disamping membantu mereka menjimatkan perbelanjaan pengangkutan.

“Usaha ini juga akan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan bagi mereka yang memandu di lebuh raya,” kata Erick dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, program pulang ke kampung secara percuma itu melibatkan pelbagai lokasi  terminal, stesen dan pelabuhan di seluruh Indonesia. 

Katanya, BUMN menyediakan tiket percuma kepada 65,603 pengguna meliputi pengangkutan bas, kereta api atau kapal yang disediakan untuk perjalanan sehala atau pergi dan balik. 

“Program tahun ini diketuai oleh PT Jasa Raharja. Pengangkutan bas di Jakarta dirancang berlepas pada 18 April dari Jalan Lingkaran Gelora Bung Karno.

“Bagi pengangkutan tren pula dirancang berlepas dari Stesen Pasar Senen pada 15 dan 16 April. Saya amat berharap orang ramai dapat memanfaatkan program ini sebaiknya untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah dan gembira,” katanya.

Dianggarkan lebih 128 juta penduduk Indonesia akan pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya