Jabatan Tenaga AS dakwa Covid-19 bocor dari makmal

Jabatan Tenaga AS dakwa Covid-19 bocor dari makmal

PENDUDUK beratur untuk menjalani ujian koronavirus Covid-19 di Wuhan di wilayah Hubei tengah China pada 4 Mac 2022.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Virus Covid-19 didakwa mungkin disebabkan kebocoran dari makmal, me­nurut laporan sulit yang baru dikemas kini daripada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) dan diperoleh akhbar jurnal, Wall Street Journal.

Lapor Al Jazeera, koronavirus baharu SARS-CoV-2 itu dikatakan pertama kali muncul di bandar Wuhan di tengah China pada akhir 2019 dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia.
Setakat ini, virus itu sudah membunuh hampir tujuh juta orang.

CETUS KEGAWATAN EKONOMI
Virus itu juga mencetuskan kegawatan dalam ekonomi global apabila kebanyakan negara menutup sempadan bagi mengekang penyebaran virus yang pada mulanya tiada vaksin yang berkesan.

Lapor akhbar itu pada Ahad lalu, penghakiman untuk laporan sulit terbaru itu timbul da­ripada risikan baharu walaupun dibuat pada tahap ‘keyakinan rendah’.

Jabatan tenaga berkenaan dikatakan menyelia rangkaian makmal AS termasuk beberapa lagi yang menjalankan penyelidikan biologi lanjutan.

Penemuan terbaharu itu mencadangkan perubahan dalam pandangan Jabatan Tenaga AS yang mengatakan sebelum ini ia tidak mempunyai keputusan tentang bagaimana virus itu muncul.

Namun, para pegawai dari jabatan itu enggan mengulas lanjut mengenai hasil perisikan sekali gus mendorong jabatan itu menukar keputusannya.

KEMALANGAN DALAM MAKMAL
Jabatan itu kini menyertai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan mengatakan virus itu mungkin merebak selepas kemalangan di makmal, ke­simpulan yang dicapai FBI pada 2021 dengan kadar ‘keya­kinan sederhana’.

Empat agensi perisikan AS percaya dengan ‘keyakinan rendah’ bahawa Covid-19 berlaku melalui penularan semula, manakala dua lagi masih belum membuat keputusan, tambah akhbar tersebut.

Menurut sumber yang membaca laporan sulit itu kepada akhbar itu, walaupun analisis berbeza agensi, kemas kini itu mengesahkan konsensus sedia ada bahawa Covid-19 bukanlah hasil daripada program senjata biologi China.

Akhbar tersebut membe­ritahu, laporan sehingga lima muka surat itu disediakan untuk White House dan ahli Kongres.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara White House, Jake Sullivan berkata, masih terdapat pelbagai pandangan mengenai isu kontroversi berkenaan.

Bercakap di CNN, Sullivan menegaskan, Pre­siden AS, Joe Biden berulang kali meminta komuniti perisikan membuat pelaburan bagi mengetahui seba­nyak mungkin tentang bagaimana wabak itu bermula.

“Presiden Biden secara khususnya me­minta makmal kebangsaan yang me­rupakan sebahagian daripada Jabatan Tenaga AS dibawa ke dalam penilaian ini kerana beliau mahu menggunakan setiap mekanisme untuk mengetahui apa yang berlaku di sini (Wuhan),” kata Sullivan.

WHO NAFI TAMAT SIASATAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berjanji untuk melakukan segala yang mungkin sehingga mendapat jawapan mengenai asal usul virus itu selain menafikan laporan yang mencadangkan agensi itu sudah pun menamatkan siasatannya.

Selepas berlaku kelewatan memperoleh jawapan, pasukan WHO pergi sendiri ke Wuhan, China, pada awal 2021 untuk melawat pasar Huanan di mana kelompok pertama kes muncul, ditutup dan dibersihkan tidak lama selepas virus mula me­rebak. –CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya