Empat pengsan berebut durian di Kenduren Wonosalam - Utusan Malaysia

Empat pengsan berebut durian di Kenduren Wonosalam

RIBUAN pelancong menyaksikan perarakan tumpeng durian pada acara Kenduren Wonosalam di Jombang, Jawa Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOMBANG: Seramai empat orang pengsan ketika berebut mengambil buah durian dalam acara Kenduri Durian di Wonosalam di Jawa Timur kelmarin.

Lapor Kompas.com, ribuan pelancong dari Jombang mahupun beberapa kawasan di Jawa Timur memenuhi padang tempat berlangsungnya acara yang dinamakan Kenduren Wonosalam sejak awal pagi. 

Acara dimulakan dengan perarakan kon susunan buah durian dipanggil tumpeng dan hasil pameran tanaman dari sembilan buah kampung di daerah Wonosalam.

Selesai membaca doa, agihan durian secara percuma dijalankan dan ribuan orang berpusu-pusu bersorak merebut durian dari tumpeng utama yang diletakkan di tengah sawah serta beberapa tumpeng lain dari sembilan kampung yang menyertai acara tersebut.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan pengunjung yang cedera dan terdapat empat orang yang dilaporkan pengsan akibat tersepit di tengah-tengah ribuan pengunjung yang merebut durian itu.

Namun mereka yang cedera dan pengsan segera dirawat oleh petugas kesihatan yang sudah bersiap sedia di sekitar lokasi Kenduren Wonosalam.

Seorang pelancong bernama Wahyu, 34, dari Desa Bareng mendedahkan, dia cedera di tangan dan kaki ketika mendapatkan buah durian yang diedarkan jawatankuasa majlis kepada pengunjung. 

“Saya terjatuh kerana ada yang menolak saya, saya dipijak orang yang berebut. Terdapat luka di tangan dan kaki akibat terkena duri dan cakaran kuku. Tetapi saya tetap gembira dapat hadir ke pesta yang begitu meriah ini,” katanya.

Bupati Jombang, Mundjidah Wahab berkata, aktiviti tahunan yang menjadi tarikan utama pelancong di Jombang itu dijalankan sejak 2012 dan tahun ini acara tersebut berjaya mengagihkan sekitar 2,023 biji buah durian kepada pelancong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya