Donald Trump ditangkap Selasa ini?

Donald Trump ditangkap Selasa ini?

DONALD Trump didakwa membuat bayaran kepada bintang lucah, Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau menjangkakan dirinya ditangkap pada Selasa ini dan menggesa penyokongnya untuk melancarkan protes besar-besaran.

Lapor BBC, bagaimanapun, peguamnya berkata, tiada komunikasi daripada penguat kuasa undang-undang berhubung perkara itu dan pengakuan Trump itu sebenarnya hanya berdasarkan laporan media.

Pendakwa raya juga dikatakan akan melihat kembali kemungkinan dakwaan Trump berkenaan.

Jika Trump didakwa, ia akan menjadi kes jenayah pertama yang pernah dibawa ke atas bekas Presiden AS.

Kesalahan Trump berhubung dakwaan wang yang dibayar bagi pihak Trump oleh peguamnya kepada bintang lucah, Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden 2016.

Itu merupakan satu daripada beberapa kes di mana lelaki berusia 76 tahun itu kini disiasat walaupun dia menafikan salah laku berkenaan.

Trump bagaimanapun berjanji untuk meneruskan kempennya untuk menjadi calon Republikan dalam Pilihan Raya Presiden 2024, walaupun dia didakwa.

Beliau sebelum ini dilaporkan disiasat dalam dua kes iaitu penyiasatan Russia dan serbuan Mar-a-Lago.

Malah, belum diketahui sama ada Trump akan didakwa secara jenayah minggu ini atau tidak.

Trump dikatakan mempunyai pangkalan pengikut setia dan serangan 6 Januari 2021 ke atas Capitol AS oleh penyokongnya berikutan gesaannya, membuktikan bahawa situasi boleh meningkat menjadi keganasan.

Sabtu lalu, Trump menulis dalam laman rangkaian sosialnya, Truth Social bahawa kebocoran haram dari pejabat peguam daerah Manhattan menunjukkan bahawa dia akan ditangkap pada Selasa ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya