Dana White mahu popularkan sukan tampar

Dana White mahu popularkan sukan tampar

AKSI pertarungan dalam Power Slap League di Las Vegas.-AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White mahu menjadikan perlawanan tampar wajah atau Slap Fighting sebagai salah satu sukan popular dalam acara olahraga pertarungan.

Bagi menjayakan usaha itu, White membiayai dan melabur wangnya di salah satu organisasi seni bela diri campuran terkemuka di dunia itu bagi menganjurkan Power Slap League

Suruhanjaya Atletik Nevada dilaporkan membenarkan liga tersebut untuk dipertandingkan di Las Vegas dan menganugerahkan White lesen untuk mempromosikannya.

White berkata, rating tinggi rancangan realiti di saluran TBS bertajuk Power Slap: Road to the Title menunjukkan populariti awal tentang sukan baharu itu.

Jelasnya, terdapat pasaran untuk sukan itu di Amerika Syarikat (AS) apabila video perlawanan tampar dari timur Eropah pada tahun 2017 dan 2018 menerima jutaan tontonan di saluran Youtube.

“Video-video itu sering dihasilkan dengan teruk dan pertandingan tamparan itu tidak dikawal. 

“Saya yakin jika terdapat peraturan bertulis dan rakaman dengan peralatan video profesional, sukan ini boleh menarik ramai warganet menjadi peminat dan penonton berbayar,” katanya.

Beberapa aksi tamparan dalam acara Power Slap League tular baru-baru ini termasuk video dari Eropah Timur yang menunjukkan seorang lelaki  terus bersaing walaupun separuh mukanya membengkak.

Pendedahan sedemikian membawa kepada persoalan tentang keselamatan perlawanan tamparan, terutamanya risiko ensefalopati traumatik kronik (CTE) iaitu penyakit otak degeneratif yang dipercayai disebabkan oleh pukulan berulang di kepala.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Atletik Nevada menyifatkan tindakan suruhanjaya itu meluluskan liga tersebut adalah satu kesilapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Concussion Legacy, Chris Nowinski pula berpendapat pertarungan tersebut tidak layak dijadikan sebagai sukan kerana terlalu berbahaya dan hanya bertujuan mengaut keuntungan.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya