China buka semula sempadan kepada pelancong asing - Utusan Malaysia

China buka semula sempadan kepada pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengumumkan akan membuka semula sempadannya kepada pelancong asing buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun sejak penularan wabak Covid-19 dengan memulihkan pengeluaran semua jenis visa mulai esok.

Menurut notis yang disiarkan dalam akaun media sosial yang bergabung dengan biro hal ehwal konsular Kementerian Luar, kawasan di China yang tidak memerlukan visa sebelum wabak itu akan kembali kepada kemasukan tanpa visa termasuk pulau pelancongan selatan Hainan dan kapal pesiaran yang melalui pelabuhan Shanghai.

Kemasukan bebas visa ke hab pembuatan selatan Guangdong untuk warga asing dari Hong Kong dan Macau juga akan disambung semula.

Kementerian itu juga berkata, warga asing yang memegang visa yang dikeluarkan sebelum 28 Mac 2020 dan masih dalam tarikh sah laku juga boleh memasuki China.

Polisi yang dikemas kini juga akan membolehkan penyambungan semula perjalanan tanpa visa bagi mereka yang tiba dengan kapal pesiaran ke Shanghai serta kumpulan pelancong tertentu dari Hong Kong, Macau dan negara dalam kumpulan serantau ASEAN.

Langkah itu akan memudahkan lagi pertukaran kakitangan China dan asing.

Kedutaan China di Singapura berkata, pihaknya akan menyambung semula semakan dan pengeluaran semua jenis visa untuk warga asing ke China termasuk untuk tujuan pelancongan dan perubatan.

“Menyambung semula permohonan untuk semua jenis visa menghilangkan satu lagi halangan penting dalam meneruskan perjalanan biasa antara United Kingdom (UK) dan China.

“Majlis melihat permohonan perjalanan perniagaan dan ketibaan mula meningkat sejak Januari. Bagaimanapun, berita ini sepatutnya membawa kepada peningkatan ketara dalam lawatan khususnya untuk pelancongan,” kata Pengarah Urusan Majlis Perniagaan China-Britain, Tom Simpson.

China yang menarik balik amaran perjalanan asing kepada rakyatnya Januari lalu, turut menambah 40 lagi negara ke dalam senarai lawatan berkumpulan yang dibenarkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 60 negara.-REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya