Cemas berdepan buaya ketika periksa rumah

Cemas berdepan buaya ketika periksa rumah

BUAYA sepanjang 2.43 meter ditemukan di loteng rumah di Echo Farms, North Carolina. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RALEIGH: Seorang pegawai penguat kuasa berdepan detik cemas apabila menemukan seekor buaya sepanjang 2.43 meter di loteng sebuah rumah yang dalam pembinaan.

Lapor mirror.com.uk, reptilia ganas itu ditemukan oleh Dean Brown semasa menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah tiga tingkat, pembinaan kediaman baharu di Echo Farms, North Carolina.

Ketika kejadian, Brown sedang memeriksa bahagian loteng rumah dan terperasan buaya besar itu berada di sebelah unit penyaman udara.

“Pada mulanya, saya ingat ia merupakan patung mainan yang diletakkan di sana sebagai gurauan. 

“Tanpa fikir apa-apa, saya pun terus melakukan pemeriksaan di rumah itu.

“Tidak lama kemudian, saya perasaan mengetahui `patung mainan’ itu bernafas,” katanya kepada Fox 35.

Menurut Brown, jarak di antara buaya itu dan dirinya hanya kurang daripada satu meter, malah dia mengakui hampir terpijak kepala reptilia berkenaan.     

“Buaya itu kelihatan sedang tidur sehingga saya memancarkan lampu suluh ke arah muka reptilia tersebut.

“Malah, keadaan itu menyeramkan apabila mata haiwan itu terbuka,” katanya.

Jelasnya, dia dengan berhati-hati sempat keluar dari ruang loteng dan meminta pekerja pembinaan yang sedang bekerja untuk segera beredar dari rumah terbabit.

“Kami kemudian menghubungi talian kecemasan 911 untuk bantuan dan pasukan pertahanan awam berjaya menangkap buaya itu,” katanya.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya