Bayi 16 bulan obes, berat 27 kg

Bayi 16 bulan obes, berat 27 kg

MUHAMMAD Kenzo Alfaro terpaksa mengenakan pakaian kanak-kanak berusia 10 tahun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengklasifikasi bayi berusia 16 bulan di Bekasi dengan berat sehingga 27 kilogram sebagai kes obesiti luar biasa yang jarang berlaku.

Jurucakap kementerian itu, Mohammad Syahril berkata, sehingga kini pemeriksaan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kes obesiti dialami Muhammad Kenzi Alfaro. 

“Faktor genetik mencetuskan keadaan obesiti Muhammad dan ini adalah kes yang sangat jarang berlaku. Jadi kepastian keputusan ujian makmal sangat penting untuk menentukan diagnosis pesakit,” kata Syahril.

Muhammad terpaksa mengenakan pakaian kanak-kanak berusia 10 tahun dan dilaporkan masih belum boleh berjalan kerana keadaan kakinya yang membengkok.

Syahril berkata, bayi itu kini sedang menerima rawatan daripada pasukan doktor pakar bahagian pediatrik, pemakanan, bahagian penyakit jarang berlaku dan fisioterapi di Jakarta.

Jelasnya, perkembangan anak kecil itu juga sentiasa dipantau oleh pusat kesihatan setempat dan cabaran besar ketika ini ialah kepatuhan ibu bapanya untuk melaksanakan nasihat daripada pasukan doktor.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengendalikan keadaan pesakit dan fisioterapi terus dijalankan bagi mengejar kelewatan perkembangan pesakit,” kata Syahril.

Muhammad tular di media sosial baru-baru ini berikutan keadaannya yang semakin membimbangkan.

Ibu Muhammad, Pitriah mengakui, sejak kecil bayinya itu tidak mendapat pemakanan yang betul dan sering diberi susu pekat manis bagi menggantikan susu ibu. 

“Saya mempunyai sejarah mengambil ubat penyakit buah pinggang jadi saya tidak dapat menyusukan Muhammad. Keadaan kewangan keluarga juga terhad. Suami saya hanya bekerja sambilan, manakala dua kakak Muhammad masih bersekolah,” kata Pitriah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya