Batal tempahan dua kerusi 45 minit sebelum terbang - Utusan Malaysia

Batal tempahan dua kerusi 45 minit sebelum terbang

LELAKI dikecam selepas berkongsi helah membeli tiket penerbangan dengan pengikutnya di laman TikTok.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Batal tempahan dua tempat duduk 45 minit sebelum penerbangan supaya dapat duduk bersendirian dalam kapal terbang.

Begitulah tindakan tamak seorang pempengaruh TikTok yang dikecam selepas mengajar helah yang tidak baik untuk mendapatkan peluang duduk bersendirian di dalam pesawat. 

Lelaki yang gemar berkongsi helah di akaun @ndainternet di laman TikTok itu memuat naik video menunjukkan dia menempah keseluruhan barisan tiga tempat duduk pesawat.

Namun, dia kemudian membatalkan dua daripadanya 45 minit sebelum penerbangan supaya dia dapat duduk bersendirian.

Pemandu yang menggelar dirinya sebagai ‘orang miskin kelas pertama’ itu berkata, dia berjaya mendapatkan kembali semua wang bagi dua tempat duduk yang kosong itu.

Ini bermakna dia membayar hanya untuk satu tiket, namun berjaya mendapatkan satu barisan tempat duduk untuk dirinya sendiri malah memberitahu pengikutnya, helah itu sangat berkesan.

“90 peratus syarikat penerbangan tidak sempat mengisi tempat duduk bermakna saya mendapat keseluruhan barisan ini untuk diri saya sendiri.

“Cuma pastikan dua tiket tambahan boleh dikembalikan sepenuhnya,” kata lelaki itu dalam videonya.

Video itu menjadi tular dan tidak lama kemudian mendapat lebih 90,000 tontonan di samping pelbagai komen negatif.

Ramai yang menyifatkannya mementingkan diri sendiri dan mengecam lelaki itu yang jelas tidak mengambil berat tentang orang lain atau persekitaran.

“Itu satu tindakan yang menjijikkan. Sangat mementingkan diri sendiri. Seseorang mungkin memerlukan tiket itu dan ini perbuatan jahat yang merugikan syarikat penerbangan,” kata salah seorang penguna TikTok.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya