Balik awal sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Balik awal sepanjang Ramadan

PENJAWAT awam di Indonesia dibenarkan pulang awal sepanjang bulan Ramadan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penjawat awam di Indonesia yang bekerja selama lima hari seminggu dibenarkan pulang awal pada pukul 3.00 petang setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Lapor CNN Indonesia, arahan terbaharu yang menetapkan penjawat awam hanya perlu bekerja selama tujuh jam sehari itu dikeluarkan melalui Surat Pekeliling yang diedarkan Kementerian Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi semalam.

“Bagi agensi kerajaan yang mengenakan lima hari bekerja, jam kerja sepanjang bulan Ramadan ditetapkan dari pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang setiap Isnin hingga Khamis.

“Kakitangan mendapat rehat pada pukul 12.00 hingga 12.30 tengah hari dan waktu bekerja mereka pada hari Jumaat pula dari pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang dengan waktu rehat pada pukul 11.30 hingga 12.30 tengah hari,” jelas surat tersebut.

Menurut kementerian itu, penjawat awam yang bekerja enam hari seminggu pula hanya perlu bekerja enam jam sehari dan dibenarkan pulang pada pukul 2 petang setiap hari.

Tempoh masa bekerja kakitangan perkhidmatan awam hanya 32.5 jam seminggu pada bulan puasa namun kerajaan memberi jaminan pengurangan waktu itu tidak akan mengganggu urusan pentadbiran.

“Penentuan waktu bekerja ini dikuatkuasakan agar tidak mengganggu tahap kelancaran layanan perkhidmatan awam kakitangan yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan,” kata kementerian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya